KONSEP ISTIKHLAF TERHADAP HARTA ALLAH

Tuesday, May 13, 2008

Salah satu nilai rabbani yang paling utama dalam ekonomi Islam adalah nilai agung yang mneetapkan bahawa manusia bukanlah pemilik harta tetapi dia hanya diberi kuasa untuk memanfaatkan harta Allah Ta’ala. Nilai inilah yang memastikan adanya unsure rabbaniyah (ketuhanan) di dalam sistem ekonomi Islam.

Seorang Muslim meyakini bahawa dia adalah makhluk ciptaan Allah Ta’ala, bekerja di tanah yang merupakan bumi Allah, dengan kemampuan yang diberikan oleh Allah dan dengan peralatan yang merupakan kurnia Allah.

Dia melakukan pekerjaannya mengikut kaedah-kaedah alam semula jadi yang diciptakan Allah.
Sekiranya dia memperolehi hasil maka itu adalah harta Allah. Allah-lah yang telah menciptakannya dan Allah-lah yang memilikinya. Manusia hanyalah pemegang amanah yang diberikan kuasa untuk memanfaatnya.

0 comments: